SINCE 2012 AUTHORISED PRIVATE COMPANIES SECURITY SERVICES PROVIDING CLOSE PROTECTIONS IS A PROVIDER OF SPECIALIST DRIVER WORKING PRODUCTS AND SERVICES STAKEHOLDERS. "HOW TO CHOOSE A PROTECTION AND SECURITY PROTECT TRANED! (AND WHY YOU NEED ONE!!)" THE BEST SOLUTION FOR TOTAL PEACE OF A MIND BOOK I'TS NOW BODYGUARD SERVICES 24/7/365.
Addthis Plugin
Isnin, 22 Januari 2024
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:
PORTFOLIO :
AUTHORISED AGENT COMPANIES ,OUTSOURCING PROVIDER.
SINCE 2012 AUTHORISED PRIVATE COMPANIES SECURITY SERVICES PROVIDING CLOSE PROTECTIONS IS A PROVIDER OF SPECIALIST DRIVER WORKING PRODUCTS AND SERVICES STAKEHOLDERS.
OUR BUSINESS SERVICES:
BODYGUARDS PROTECTIONS/ DRIVER SPECIALISTS IN SECURITY INDUSTRY PACKAGE'S FOR BUSINESS SERVICES.
"HOW TO CHOOSE A PROTECTION AND SECURITY PROTECT TRANED! (AND WHY YOU NEED ONE!!)"
THE BEST SOLUTION FOR TOTAL PEACE OF A MIND BOOK I'TS NOW BODYGUARD SERVICES 24/7/365..
Khamis, 18 Januari 2024
13 Doa Untuk Peperiksaan Elak Gugup Ketika Menjawab.
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.
4. Doa mohon kejayaan cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.
5. Doa dipermudahkan urusan
اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.
6. Doa untuk peperiksaan anak
.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Al-Fatihah
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.
Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya Allah, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu Ya Allah.
Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA Allah.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA Allah.
Ya Allah
Perkenankanlah doa kami ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.
امين يا رب العالمين.
7. Doa untuk kefahaman anak
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Maksudnya: “Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari.
Kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.
Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh.
Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
8. Doa memohon kebaikan
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir
Maksudnya: “Tuhan, sungguh aku sangat mendambakan uluran kebaikan dari hadirat-Mu.”
9. Doa agar sentiasa dirahmati
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Rabbana atina min ladunka rahmah wa hayyi’ lana min amrina rasyada
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahilah kami rahmat dari hadirat-Mu, dan dalam perkara kami berikanlah kepada kami jalan yang benar.”
10. Doa memohon pertolongan
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala shidqin wa akhrijni mukhraja shidqin waj’alli min ladunka sulthanan nashira. Wa qul ja’al haqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Maksudnya: “Tuhanku, masukkanlah aku ke jalan masuk yang benar dan terhormat, dan keluarkanlah aku dari jalan keluar yang benar dan terhormat; dan berilah aku dari pihak-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.”
11. Doa agar ditambahkan ilmu
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Maksudnya: “Dan katakanlah,‘Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.”
12. Zikir dari asmaul husna
Allahumma (1x), Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40x)
Ya Allah… Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku…(sebut nama anak) agar dia dapat menjawab dengan baik (1x)
Allahumma (1x), Ya zohir (40x)
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan (1x)
Allahumma (1x), Ya Fatah (40x)
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul (1x)
Allahumma (1x), Ya Baari’ (40x)
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini…
Ya Allah, Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu
Ya Hadi, aku yakin hanya kuasa Mu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. (1x).
13. Zikir lain untuk anak peperiksaan
Al-Fatihah (7 kali)
Selawat (7 kali)
Subhanallah (44 kali)
Alhamdulillah (44 kali)
Allahu Akbah (44 kali)
Ya Hayyu Ya Qayyum (21 kali)
Kemudian teruskan dengan membaca doa berikut:
“Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam pembelajaran mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah Mu.
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat Mu.”
Allahumma Aamiin YaRabbalalamiin.
Doa kudus papa'.
PORTFOLIO :
AUTHORISED AGENT COMPANIES ,OUTSOURCING PROVIDER.
SINCE 2012 AUTHORISED PRIVATE COMPANIES SECURITY SERVICES PROVIDING CLOSE PROTECTIONS IS A PROVIDER OF SPECIALIST DRIVER WORKING PRODUCTS AND SERVICES STAKEHOLDERS.
OUR BUSINESS SERVICES:
BODYGUARDS PROTECTIONS/ DRIVER SPECIALISTS IN SECURITY INDUSTRY PACKAGE'S FOR BUSINESS SERVICES.
"HOW TO CHOOSE A PROTECTION AND SECURITY PROTECT TRANED! (AND WHY YOU NEED ONE!!)"
THE BEST SOLUTION FOR TOTAL PEACE OF A MIND BOOK I'TS NOW BODYGUARD SERVICES 24/7/365..
Sabtu, 28 Disember 2019
Kecelaruan akhlak Muslim berpunca pengabaian roh
Pendedahan akhlak buruk sebahagian umat Islam di seluruh dunia termasuk di negara ini, seolah-olah sudah lumrah ditemui dalam pelbagai laporan media. Ia meliputi pelbagai bidang kehidupan daripada politik dan ekonomi hingga sosial.
*Jenayah seperti fitnah, pecah amanah, rasuah, rompakan, pembunuhan dan rogol bagaikan biasa dilakukan sebahagian umat Islam, malah lebih mengejutkan apabila sampai ke tahap tidak berasa malu dan bangga membuat perakuan terbuka mengenai perbuatan keji mereka.*
Gelagat sebegini menggambarkan betapa jauhnya mereka daripada cahaya yang dibawa Islam dan amat malang sekali, misi akhlak mulia Rasulullah SAW sudah dicicirkan dan tidak lagi menjadi kebanggaan.
*Mengapakah gejala sebegini terjadi dan di mana silapnya hingga jauh tersasar serta tergelincir daripada landasan Islam? Sekiranya ia dianalisis berdasarkan petunjuk Islam, boleh disimpulkan mereka terperangkap dalam suasana ghaflah atau lupa hingga tidak mengenal diri dan tabii diri.*
Ini menjadikan mereka tidak melatih dan mengembangkan potensi diri dengan tepat berasaskan tabii sebenar sebagai manusia. Mereka tercicir daripada proses latihan dan pengembangan itu hingga terperangkap dalam jenayah akhlak berat. Mereka bagaikan ‘meletak jawatan’ daripada menjadi manusia dalam pengertian sebenar.
*Kesimpulan itu boleh ditelusuri berdasarkan kefahaman sejumlah pernyataan al-Quran yang mengungkapkan persoalan besar kemanusiaan yang secara tabii dicipta Allah SWT dengan memiliki dua komponen, iaitu material (jasad) dan non-material (roh).*
Firman Allah SWT: “Dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari sari pati air hina (mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya.” (Al-Sajdah: 7-8)
*Aspek jasad berbentuk material diciptakan daripada tanah atau air mani, sedangkan roh bersifat non-material ialah ‘sesuatu’ yang didatangkan langsung daripada Allah SWT.,
*Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din mencatatkan unsur non-material atau kerohanian dalam diri manusia terangkum dalam istilah yang bukan hanya tertumpu kepada istilah roh, bahkan kalbu, nafs (nafas) dan akal yang menjadi hakikat sejati diri mereka.*
Dalam penggunaan istilah oleh al-Ghazali itu - roh, nafs, qalb dan ‘aql - boleh ditukar ganti yang keempat-empatnya merujuk kepada apa diungkapkan imam besar berkenaan sebagai latifah rabbaniyyah ruhaniyyah yang bersifat ‘alimah mudrakah yang terdapat dalam diri manusia dan hakikat sejati mereka. Atas sebab kewujudan aspek kerohanian itu, manusia menerima kebertanggungjawaban (taklif) di dunia.
*Justeru, non-material roh atau kerohanian itu ialah aspek amat penting dalam keseluruhan diri manusia dan inti sari diri serta ciri peribadi mereka. Ia bukan asing atau hanya ditampal, sebaliknya menjadi pusat hidup dan pusat segala kegiatan mereka.*
Oleh itu, perlulah difahami aspek material ataupun jasad manusia dijadikan tidak lebih sebagai alat tunggangan roh, iaitu jasad dijadikan untuk kepentingan roh, bukan sebaliknya.
*Keduanya, menerusi aspek non-material, manusia sebagai makhluk Allah SWT terbaik sebenarnya sudah sedia mengakui-Nya sebagai Tuhan mereka seperti terungkap dalam firman-Nya: “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Al-A’raf: 172)*
Ayat ini perakuan dibuat manusia terhadap Ketuhanan Tuhan berlaku dalam alam al-arwah (roh) atau alam al-nufus (nafs) yang berada dalam ilmu Allah SWT dan tidak disedari manusia sebagai manusia yang hidup di alam nyata.
Ia dijelaskan tokoh sufi tersohor, Imam al-Junaid al-Baghdadi bahawa kewujudan manusia terbahagi kepada dua peringkat.
*Peringkat pertama merujuk kewujudan bersifat suci dan mempunyai hubungan langsung dengan Tuhan tanpa dibatasi sebarang hijab, iaitu kewujudan tidak dibatasi ruang waktu dinikmati manusia sebelum kedatangan mereka ke alam dunia ini. Dalam keadaan itu, arwah atau nufus manusia secara tegas memperakui keesaan Tuhan apabila ditanyakan ‘alastu bi Rabbikum.’*
Selepas itu, tiba peringkat kedua yang merujuk kewujudan manusia di atas dunia fana. Peringkat ini disempurnakan bersama jasad, bermakna ia dihubungkaitkan dengan alam benda, lalu manusia menjadi sibuk dengan urusan memenuhi pelbagai tuntutan dan kemahuan jasad yang kesemuanya bersifat kebendaan.
, Dalam keadaan itu, manusia umumnya menjadi ghaflah kepada ‘perjanjian dan perakuan’ suci diikat serta dibuat dalam tempoh kehidupan peringkat pertama di alam roh. Hidup dalam perangkap ghaflah menyebabkan manusia tidak lagi ingat kepada Tuhan, lalu bergelumang dalam pelbagai bentuk kedurjanaan dan jenayah untuk memenuhi tuntutan kebendaan. Aspek roh tersisih dan tidak diberi perhatian dalam agenda hidup harian.*
Ketiga, atas sebab kewujudan aspek non-material, manusia disediakan dalam diri potensi sama ada menjadi baik ataupun sebaliknya seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Shams, ayat 7 hingga 10.
, Potensi kerohanian, iaitu al-nafs memiliki dwi-dimensi, iaitu boleh membawa ke arah kejahatan (fujur) dan takwa. Aspek fujur dan takwa sudah sedia tersemai di dasar diri manusia dalam bentuk potensi, maka terserah kepada diri masing-masing potensi mana yang mahu dibangun dan dikembangkan.*
Orang yang membersihkan dirinya dengan kerja ketakwaan akan beroleh kejayaan, manakala mereka yang mengotorinya dengan kejahatan (fujur) akan menempah kehampaan dan kekecewaan.
*Penjelasan al-Quran itu menunjukkan roh maha penting dalam keseluruhan diri manusia, bukannya jasad atau aspek benda. Justeru, di sini jelas tertayang ‘ketersasulan’ kebanyakan manusia yang mengutamakan secara berlebihan terhadap jasad atau benda dalam diri hingga menjadi amat luar biasa sibuk dalam dunia berkait kosmetik, fesyen dan sukan.*
Dalam hiruk-pikuk memuja benda, roh diabaikan sebahagian besar manusia hingga menimbulkan pelbagai bentuk krisis kerohanian seperti kerosakan akhlak, kehilangan ketenangan dan kedamaian hidup kerana mereka sebenarnya sedang melawan dan bertempur dengan tabii diri sendiri.
*Keadaan tidak memberi perhatian kepada aspek roh dalam kehidupan harian boleh diperhatikan dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Mereka tidak memahami kedudukan dan peranan roh dalam keseluruhan kehidupan seperti terkandung dalam Islam.*
Mereka bagaikan dipasung suasana ‘buta’ hingga tidak dapat mengenali diri sendiri, lalu terperangkap dalam penguasaan ghaflah dan hanyut terbawa-bawa ke arah pengembangan potensi fujur. Inilah menjadi penyebab utama kepada perlakuan akhlak keji dalam kalangan umat Islam.
*Justeru, umat Islam mesti didedahkan melalui pendidikan dan dakwah berkesan supaya memahami serta mengenali tabii dan hakikat diri dengan tepat. Dengan pengenalan dan kefahaman itu, Muslim dapat bertindak secara positif menyelaraskan kehidupan harian dengan apa dikehendaki Allah SWT.*
Oleh itu, akhlak mulia boleh terbina dalam diri ummah dan seterusnya menyumbang kepada kehidupan berkualiti yang memenuhi ciri rahmatan lil alamin.
Penulis adalah Profesor Emeritus Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PORTFOLIO :
AUTHORISED AGENT COMPANIES ,OUTSOURCING PROVIDER.
SINCE 2012 AUTHORISED PRIVATE COMPANIES SECURITY SERVICES PROVIDING CLOSE PROTECTIONS IS A PROVIDER OF SPECIALIST DRIVER WORKING PRODUCTS AND SERVICES STAKEHOLDERS.
OUR BUSINESS SERVICES:
BODYGUARDS PROTECTIONS/ DRIVER SPECIALISTS IN SECURITY INDUSTRY PACKAGE'S FOR BUSINESS SERVICES.
"HOW TO CHOOSE A PROTECTION AND SECURITY PROTECT TRANED! (AND WHY YOU NEED ONE!!)"
THE BEST SOLUTION FOR TOTAL PEACE OF A MIND BOOK I'TS NOW BODYGUARD SERVICES 24/7/365..